Pages

Friday, June 8, 2012

Rumput di Padang Bola

Secara lazimnya rumput di padang bola di Malaysia adalah terdiri dari rumput Cowgrass, tetapi kini banyak padang yang telah bertukar kepada rumput jenis lain. Malahan saya di beritahu padang bola baru mempunyai spesifikasi bahawa rumput dari spesis Bermuda mesti digunakan.

Apakah rumput lain tidak sesuai? Disini kita berkongsi sedikit tentang rumput yang wujud atau boleh di tanam di padang bola Malaysia.

Pandangan rumput hijau dengan jalur seperti papan dam boleh menaikkan semangat penonton yang menonton di stadium dan lebih-lebih lagi di peti televisyen. Sekali imbas nampak macam padang kelab bola di England.

Ada tiga jenis rumput utama di Malaysia; Zoysia, Bermuda dan Cowgrass. Ada juga padang yang menggunakan Paspalum, Serangoon, Buffalograss dan juga rumput campur-campur.

Cowgrass
Saya tak berminat nak menggunakan istilah ‘rumput lembu’ walaupun ia pernah digunakan kerana ia adalah terjemahan langsung yang mungkin memberi makna berbeza jadi kita kekalkan nama cowgrass.

Nama saintifik atau nama Latin yang banyak digunakan di Malaysia merujuk kepada Paspalum conjugatum atau Axonopus compressus. Saya lebih berpihak kepada A compressus; ada seorang pakar yang mencadangkan kepada saya bahawa P conjugatum ialah nama sains untuk buffalo grass (rumput kerbau).

Cowgrass ialah rumput tempatan yang boleh di dapati di banyak tempat di Malaysia. Ia lasak, kurang memerlukan baja dan air. Jika kemarau dan air kekurangan; ia akan menjadi dorman dan bertukar warna coklat. Ia akan kembali hijau bila keadaan air kembali pulih. Ini tidaklah bermakna ia tahan kemarau; malahan ia akan menjadi dorman sebelum kesan kemarau di rasai oleh Bermuda atau Zoysia. Bezanya ialah, bila cuaca pulih, lebih banyak Cowgrass akan hidup berbanding yang dua lagi. Dengan sistem pengairan moden sekarang, kelebihan tersebut tidak lagi relevan.

    Cow Grass (Axonopus Compressus)     
Cowgrass sentiasa berwarna hijau gelap, walaupun lama tidak di baja. Malangnya, kelebihan itu adalah juga punca masalah kepada banyak masalah padang cowgrass. Bila penjaga padang mencadangkan supaya padang di baja; mereka akan ditanya “Kenapa? Kan masih hijau?”. Sebenarnya, rumput dah ‘kelaparan’ dan tidak sihat walaupun luarannya masih hijau pekat.

Ia mempunyai akar yang pendek dan daun yang besar serta lembut, jadi ada pemain bola yang berpendapat bahawa cowgrass bukan rumput yang ideal kerana bola akan duduk lebih dalam dan susah di sepak. Ia juga menjadi masalah bila ‘sliding tackle’ di buat kerana rumput akan tercabut.


Rumput Cowgrass juga boleh buat jalur.

Saya berpendapat, pembajaan mengikut jadual (bukan mengikut warna rumput) dan sistem pengairan yang baik akan menjadikan cowgrass setara dengan rumput fairway lain.

Rumput Zoysia
Rumput ini hampir menjadi rumput ideal untuk padang. Ia tumbuh rapat, mempunyai daun yang keras yang akan memegang bola untuk memberi peluang sepakan bola yang baik untuk pemain . Ia juga tahan kemarau. Jika di jaga dengan baik, rumpai liar sukar masuk.


Zoysia matrella

Yang tak bestnya,
kebanyakkan spesis Zoysia berwarna hijau muda – walau banyak mana baja di campak ke atasnya;
ia lebih tumbuh menegak dari horizontal, ertinya kena rajin memotong kerana ia cepat panjang.
Di masa yang sama ini (kecenderungan tumbuh menegak dari horizontal ) juga bermakna ia lambat pulih dari kerosakkan.
Daunnya mempunyai unsur silica yang menjadikannya keras. Tetapi kekerasan itu yang akan cepat menumpulkan pisau.

Kos penjagaan Zoysia lebih tinggi dari Bermuda atau Cowgrass. Oleh kerana ia berwarna hijau muda, penjaga padang tidak boleh kedekut memberikannya lebih banyak baja, ia juga memerlukan pemotongan yang lebih kerap dan penggantian pisau pemotongan yang lebih banyak.

Saya berpendapat; jika stadium mampu tahan kos yang tinggi, Zoysia berbaloi untuk di gunakan sebagai rumput padang, tambahan pula khabarnya ada kultivar atau hybrid yang berwarna hijau gelap.

Satu hybrid baru yang di iklan kan untuk padang bola ialah Zoysia ‘El Toro’ yang bermakna ‘kerbau’ dalam bahasa Spanish. Pada pendapat peribadi saya rumput ni agak extreme kerana ia besar dan keras, tapi saya faham kenapa banyak padang luar negara yang (kononnya) gemar rumput ini; ia lasak dan aggresif.

Rumput Bermuda
Bermuda adalah rumput yang popular di padang bola baru di Malaysia kerana ia mudah di tanam, mudah di bela dan adalah rumput import yang murah. Ada banyak spesis, hybrid dan kultivar yang di tanam di Malaysia. Kadang-kadang – saya nampak serupa aje dari satu jenis ke jenis yang lain tapi tuan punya padang marah kalau saya cakap macam tu.
Rumput Bermuda juga di kenali dengan nama rumput Couch dan mempunyai variety, kultivar dan hybrid yang amat banyak.
 http://spektrumdunia.blogspot.com
Jenis Common Bermuda, Tifway 419 dan Greenlees Park adalah kultivar atau hybrid yang paling banyak di temui di Malaysia. Selain itu, jenis Numex Sahara dan Windsor Green telah cuba di tanam di Malaysia tanpa kejayaan.

Rumput Bermuda sangat cepat membiak dan di takuti sebagai rumpai di kawasan ladang-ladang kapas di Amerika Utara. Sifat cepat membiak ini memberikan ia kelebihan cepat pulih dari kerosakkan dan serangan serangga atau penyakit. Kebanyakkan jenis Bermuda berwarna hijau gelap dan tidak perlu pembajaan yang tinggi. Malangnya seperti biasa, ini adalah punca kepada kelalaian pembajaan dan ini membawa kepada kerosakkan kebanyakkan padang Bermuda di Malaysia.

Saya berpendapat bahawa rumput Bermuda – terutamanya Greenlees Park – adalah sangat sesuai untuk di jadikan rumput padang di Malaysia. Ia senang membiak, berwarna hijau gelap dan lebih cenderung untuk tumbuh melata dari menegak. Ia tidak punya banyak musuh dari kumpulan penyakit ataupun serangga.

Paspalum vaginatum
Nama spesis yang hampir lucah rumput ini sentiasa menimbulkan senyuman nakal orang yang faham dan otak sedikit kuning. Apa nak buat? Bukan saya yang bagi nama rumput.
Cotton grass - Eriophorum vaginatum Stock Photo - 3248307
Ini satu-satunya rumput yang tahan air masin. Bukan air garam tapi air laut. Pendapat saya ialah ini rumput yang sesuai untuk di tanam oleh padang yang berada dekat dengan kawasan pantai dan menghadapi masalah tiupan air laut dan air pengairan yang tercemar dengan air laut.

Tapi kini rumput Paspalum popular digunakan di padang yang jauh dari pantai, kerana ia mempunyai warna hijau gelap dan ia rumput yang tumbuh agak agresif di samping mempunyai kelebihan tumbuh di bawah situasi yang berbeza. Ia boleh tumbuh walau di potong pada ketinggian yang amat rendah atau tinggi.

Tetapi malangnya, ia mempunyai kelemahan kerana ia juga digemari oleh serangga dan penyakit. Jika kelab mahukan keadaan sempurna, ia perlu memberi perhatian lebih kepada penyemburan racun serangga dan kulat bukan sahaja di green, tetapi juga di fairway dan rough.

Sehingga kini, ada satu stadium terkemuka Malaysia yang menanam rumput Paspalum di padang mereka dan nampaknya ia kurang berjaya. Mungkin kerana kurang pengalaman penjagaan. Mungkin kerana serangan penyakit dan serangga. Mungkin kerana penggunaan ‘bukan bola’ (seperti konsert, hari sukan dan sebagainya) terlalu kerap hingga ia tidak dapat cahaya matahari yang cukup.

Rumput Serangoon
Rumput Serangoon di padang bola? Ramai orang tidak percaya bahawa rumput Serangoon boleh di gunakan di padang. Ia memang tidak popular. Dan bila saya syorkan rumput Serangoon di gunakan di halaman rumah; orang akan mencebik.

Hakikatnya ialah Serangoon tahan cuaca redup, tahan lembab, lambat tumbuh panjang, perlu kurang baja dan kurang masalah penyakit atau serangga. Dan, rumput Serangoon sebenarnya di gunakan sebagai rumput di fairway padang golf dengan jayanya di Malaysia.


Serangoon grass

Mungkin ia kurang popular kerana ia adalah hasil tempatan, dan bukan rumput import. Macamanapun, kita lebih percaya yang di import dari yang tempatan.

Kelemahan rumput Serangoon ialah warna hijau muda (tapi Zoysia lebih muda lagi) dan daunnya agak lembut (tapi tak selembut Paspalum) dan kurang informasi tentang penjagaan nya. Mungkin satu hari nanti bila orang putih syorkan Serangoon (dan bagi nama lain), padang padang di Malaysia akan menyambut baik penggunaan rumput ini walaupun sebenarnya sama dengan Serangoon.

Rumput macam-macam
Saya pernah tengok padang bola yang mempunyai padang di penuhi dengan rumput yang saya kenal sebagai Buffalograss (bunganya macam Cowgrass tapi daunya hijau muda dan lebih kecil) dan ia memberi hasi yang memuaskan. Untuk hasil yang lebih cantik, saya mencadangkan pembajaan menggunakan baja foliar (kerana penyemburan lebih tepat) untuk menjadikan padang lebih hijau.

Rumput Lovegrass mampu menjadi permukaan permainan yang baik, malangnya bunganya yang melekat di seluar menjadikan ia rumput yang di benci.

Banyak padang bola di Malaysia yang mempunyai rumput yang bercampur-campur kerana tidak di bela dengan baik. Adakah ini boleh diterima? Asalkan konsep utama penyelenggaraan padang di pegang: supaya padang adalah adil dan selamat kepada semua pemain, ia bukan masalah besar.

Jenis rumput sepatutnya tidak penting kepada permainan tetapi pilihan terpulang kepada stadium atau tuanpunya padang itu sendiri. Mereka mempunyai alasan sendiri untuk pilihan asal sewaktu pembinaan. Malangnya, selalunya padang akan ‘hancur’ bila tiba waktu penyelenggaraan jangka masa panjang. Lebih banyak perhatian di beri kepada tempat duduk dan kawasan VIP daripada kepada kawasan padang (dan tandas awam).

Walau apa pun rumput yang digunakan, nasihat saya ialah supaya mempunyai rejim dan rutin yang tetap untuk penjagaan dan penyelenggaraan. Tetapkan pembajaan setiap bulan atau dua bulan atau empat bulan atau enam bulan; jangan sekejap baja sekejap tak baja. Adakan rutin pengudaraan dan dethatching yang sepatutnya menurut keperluan, jangan tak buat.

Banyak padang yang rosak; walau apapun rumput nya, kerana penjagaan dan penyelenggaraan yang tidak di lakukan menurut jadual atau tidak di lakukan langsung atas nama mengurangkan kos. Ada banyak cara saya boleh cadangkan untuk mengurangkan kos dengan tidak menjejaskan kesihatan fairway. Contohnya tukar jenis baja, tinggikan K, kurangkan N, guna foliar; jangan dethatch tapi guna slicer dan sebagainya.

Selagi profesionalisme penyelenggaraan tidak di atasi, tanam lah rumput apapun, walaupun Cowgrass, ia akan menjadi padang yang tidak di gemari tidak lama lagi.

//-mynormas.com-pakar rumput

1 comment:

  1. Apekah jenis rumput yang digunakan dipadsng Stadium Larkin?

    ReplyDelete

My Today

Blogs I'm Following