Pages

Thursday, February 9, 2012

--:..:-- Pemain Malaysia di luar Negara --:..:--

1.Safee Sali



Yang ni kalau tak kenal tak tahu la..main kat Pelita Jaya, Indonesia. Baru-baru ni dikatakan akan berhijrah ke kelab eropah atau thailand. Tetapi safee memilih untuk menyambung kontrak bernilai RM 118 000 sebulan bersama pelita jaya selama 2 tahun

2.Brendan

Brendan dilahirkan pada 3 Jun 1988 di Sutherland Shire, Sydney, Australia dan bapanya berasal dari Seremban, Negeri Sembilan. Brendan disebut-sebut sebagai salah seorang pemain paling berbakat di Australia yang mewakili kelab Sydney FC dan bermain di posisi midfield. Sekarang balik ke Malaysia menyarung jersi no.7 sabah FA.


3.Ta kashi Takeda

Ta kashi Takeda pula dilahirkan pada 27 Julai 1986 di Pulau Pinang dan kini bermain dalam Liga Jepun (Liga-J Divisyen 2) dengan kelab Fagiano Ogayama FC dan bermaian di posisi pertahanan tengah dan bek kanan.

4.Shaun Maloney



Shaun Maloney lahir di miri, sarawak

5.
Doni AL-JAWI

Doni AL-JAWI lahir di kedah..bermain di italy (academic and soccer in Honduras)



6.Stanley Bernard Stephen Samuel


Stanley Bernard Stephen Samuel



7.Titus James Palani
2 dari kiri

Titus James Palani (24 tahun, FC Villenoy)

8.Wan kuzain wan kamal


Malaysian Wonder kids-Wan kuzain wan kamal
Ayahnya berasal dari Malaysia, namun keluarga mereka menetap di Amerika. Wan Kuzain dilahirkan pada 14 September 1998. muda lagi ni, no 10 tu idola messi kot.

9.Haziq Zikri Elias


Haziq Zikri Elias plays form Stevenage FC..balik Malaysia untuk bersama skuad harimau muda

10.
Nicholas Chan

Nicholas Chan, 19, adalah anak kepada pemilik kelab Cardiff City iaitu Datuk Chan Tian Ghee. Dia dianggap pemain serba boleh di  bahagian tengah.

11.
Tham Sheang Sung 

Tham Sheang Sung pula merupakan anak kepada pasangan Tam Yung Tong (bapa) dan Ang Hui Chin (Ibu) yang berumur 15 tahun bermain di Liga J (Divisyen 2) dengan kelab FC Yokohama.

12.
Ash Hameed

Ash Hameed , berasal dari Selangor. Bermain di posisi striker , dia menarik perhatian beberapa kelab tempatan di sana selepas membantu kelab Crest Academy memenangi Middlesex Watkin League Cup untuk Brent Schools dengan bawah 12 tahun dengan menjaringkan 5 gol.

Ash Hameed, 13, yang berasal dari Selangor kini dikatakan telah mengikat kontrak selama 2 tahun bersama pasukan Queens Park Rangers (QPR).

Bapanya pernah pemain skuad belia Malaysia dan skuad Selangor pada tahun 1988 hingga 1990. Setelah mengesan bakat anaknya dalam bola sepak,bapanya memutuskan untuk menghantarnya bermain di England . Mula mendedahkan permainan ini pada anaknya ketika dia masih kecil dan menghantar Ash ke kelab tempatan iaity Brazil Football Centre untuk mempelajari dan mengasah skill permainan .


--:;:-- Player yang pernah mewakili kelab luar negara --:;:--
            Akmal Rizal, Kedah, FC Strasbourg, Haegenue
            Juzaili Samion, FC Strasbourg, Haegenue
            Fadzli Shaari, Pahang, SV Wehen
            Rusi Ramli, SV Wehen
            Lim Teong Kim Hertha Berlin SC, Gak Graz, Austria 
            (sekarang coach Bayern Munich)
            Dali Omar (Somewhere at Australia)
            T Gobinath Naidu
            Wong Choon Wah (Somewhere at Hong Kong tahun 70-an)

            Jix Loong ( Canning City, Australia)
            Azwan Hasahar (Fulham Academy (England)
            mohd. naim ahmad (birmingham football academy)

--::;:--Yang pernah pergi trial --::;:--
           Syamsuri Mustafa, AFC Bournemouth, Eintranch Frankfurt
           Nasril Nourdin, Blackburn
           Syed Adney, Darlington FC &Middlesbrough FC
           Khalid Jamlus ,Eintranch Frankfurt
           Akmal Rizal, Eintranch Frankfurt

--:;::--Yang pernah dioffer trial kat kelab luar negara tapi tak pergi  --:;::--
           Mokhtar Dahari
           Khairul Azman Mohamad (masa main kat Phg dlm tahun 1993 rasanya)
           Matlan Marjan

Pengganti Mokhtar masih belum kelihatan hampir dua dekad lebih

Pemergiannya (Allahyarham Mokhtar Dahari) ditangisi dan sehingga kini kekosongan yang terlalu besar itu belum terisi.


media massa banyak memberi penghormatan kepada sejarah kerjaya Allahyarham. Mujur bagi mereka yang terlalu muda untuk menghargai dan mengenali siapa Mokhtar Dahari, youtube dan Internet menghidangkan aksi-aksi anak kelahiran Setapak ini. Sejarah Mokhtar sudah cukup diketahui umum. Legasinya kekal mekar menerusi rakaman-rakaman video, hasil nukilan dan kata-kata penghormatan menerusi pelbagai media, blog dan arus perdana.

Rata-rata bersetuju Mokhtar antara pemain terhebat dan berpengaruh dalam bola sepak Malaysia. Namun adakah sama ada perkembangan landskap dan nasib bola sepak negara menghasilkan skrip yang berbeza sama sekali jika Mokhtar dan ramai lagi rakan-rakan seperjuangannya menyahut cabaran mencuba nasib di luar negara.
Benar, Chow Chee Keong, Yip Chee Keong dan Wong Choon Wah merintis jalan ke Hong Kong tetapi bekas tanah jajahan British itu bukanlah negara yang kaya budaya bola sepaknya. Datuk Abdul Ghani Minhat dan Robert Choe dibawa melawat England pada 1960-an tetapi tidak mendapat peluang berkelana.

Berbeza pula dengan pemain sezaman Mokhtar, Cha Bum Keun dari Korea Selatan dan bintang Jepun, Yasuhiko Okudera. Bintang mereka bersinar apabila mencuri tumpuan dengan Eintracht Frankfurt dan Cologne. Nama Okudera yang beraksi beberapa kali dalam Pestabola Merdeka, tercatat selaku pemain Jepun pertama menyumbat gol dalam Piala Eropah.
Muka surat 210 buku The European Cup 1955-1980 menceritakan sumbangan Okudera ketika menentang Nottingham Forest pada separuh akhir Piala Eropah 1979. Dimasukkan selaku pemain gantian oleh jurulatih ternama, Hennes Weisweiler, Okudera, pada sentuhan keduanya, meledakkan rembatan daripada jarak 25 meter. Ia meluncur melepasi terpaan penjaga gol Forest, Peter Shilton. Jaringan itu cukup memalukan Shilton.

“Itulah kesilapan pertama saya sejak menyertai Forest,” Shilton dipetik sebagai berkata.

Bum Keun yang enam bulan lebih tua daripada Mokhtar, memberanikan dirinya menimba ilmu di Jerman seawal usia 25 tahun dengan SV Darmstadt sebelum menjulang Piala UEFA dengan Eintracht pada 1980.

Keberanian Bum Keun dan Okudera meninggalkan impak maksimum kepada bola sepak di negara masing-masing. Biarpun Korea Selatan dan Jepun mengalami era kemerosotan pada lewat 1970-an, kejayaan Bum Keun dan Okudera di Jerman menerangi kegelapan itu.
Mereka dianggap idola dan pujaan jutaan anak muda. Mereka menjadi bukti kejayaan boleh diperoleh di negara asing. Mereka menjadi bukti anak Asia juga boleh bersaing, duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan orang Eropah.
Bukan itu saja, Bum Keun menerima gaji cukup lumayan, satu ketika dipercayai gajinya yang ketiga paling mahal di Bundesliga.

Kini, anak muda Korea dan Jepun berduyun-duyun ke Eropah. Benua itu menjanjikan kemewahan dan pengiktirafan.

Budaya memberanikan diri bermain di luar kepompong mereka sudah terpahat di kotak pemikiran anak-anak muda Korea dan Jepun.
Bagaimana agaknya corak lanskap bola sepak negara jika Mokhtar ke England, misalnya?
Sejumlah kecil generasi selepas Mokhtar cuba menyahut cabaran. Lim Teong Kim beraksi untuk Hertha Berlin di Divisyen Tiga Jerman, disusuli Liew Kim Tu dan kemudiannya Akmal Rizal Ahmad Rakhli di Divisyen Tiga Perancis.
Hasilnya, malangnya, tidak seberapa.

Hampir dua dekad sesudah pemergian Mokhtar, beberapa nama sudah muncul. Bezanya mereka ‘berguru’ di luar negara. Wan Kuzain Wan Kamal di Illinois, Amerika Syarikat, Haziq Zikri Elias di England, Muhammad Izzat Daniel yang menambat hati Chelsea tetapi dijangka pulang ke Kuala Lumpur dan Tam Sheang Tsung yang sudah terikat sebagai pemain remaja kelab Yokohama di Jepun.
Adakah mereka bakal mencorakkan warna dan sejarah baru bola sepak negara?

//- sumber kosmo.com -//

My Today

Blogs I'm Following